Sunday, January 18, 2015

Apa itu blok panggilan?

Salam semua Topik kedua tentang prabayar ialah blok panggilan . Apa itu blok panggilan? Setiap telco mempunyai blok panggilan tersendiri . Kalau kita pernah lihat dimana mana iklan Telco mereka akan mengiklankan rate mereka sebegini :- Panggilan terendah 18 sen seminit kesemua talian. Lepas tu dia akan letak satu tanda seperti ini dibawah *tertakluk pada terma dan syarat … tapi kecik je la Bila kita lihat terma dan syarat ianya mengatakan bahawa charge panggilan ialah 1 minit per blok . Apa maksud nya ? Maksud nya ialah jumlah panggilan akan dikenakan bayaran 18 sen apabila bermulanya panggilan sehingga habis tempoh 1 minit .. jadi kalau panggilan anda ke voice mail sahaja , atau panggilan berjumlah 5 saat pun anda akan dicharge 18 sen seminit .. Kebanyakan telco sekarang menggunakan kaedah satu blok utk perkhidmatan mereka . Jadi kajilah blok panggilan anda supaya anda dpt mengetahui berapa banyak duit syiling anda yg masuk ke telco dgn kadar panggilan sebegitu . Cthnya MAXIS dgn charge panggilan 38 sen per blok ..T#@$ E:;';’, …28 sen per minit .. CELCOM 28 sen utk 3 minit Manakala telco yg membuat pelan 2 blok per minit ialah seperti dibawah ini ONEXOX 8 Atau 9 sen dibawah 30 saat … Digi 18 sen bawah 30 saat Clixster kalau tak silap 9 sen dibawah 20 saat ..maknanya seminit 27 sen Anda boleh membuat kajian sendiri tentang charge panggilan menurut blok ini didalam terma dan syarat .. pilih yg mana sesuai utk anda . Mengikut kajian 80 % pengguna talifon bimbit menggunakan perkhidmatan ini dibawah 30 saat .. Thats why all the giant telco charge us 1 minute block . Sebab dia tau behaviour orang kita pakai phone mcm mana .. Kalau ada salah dari segi rate diatas tlg betul kan … Out there We are One

No comments:

Post a Comment